Accessibility Tools

Program Pemeriksaan HIV dan Hepatitis C

Program Pemeriksaan HIV dan Hepatitis C

πŸπŸ“ 𝐀𝐩𝐫𝐒π₯ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐒𝐀𝐬𝐚𝐚𝐧 π‡πˆπ• & π‡πžπ©πšπ­π’π­π’π¬ 𝐂 Unit HIV, STI, Hepatitis C, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat telah mengadakan Program Pemeriksaan HIV dan Hepatitis C kepada semua kakitangan dan pelajar ILPKLS. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah bagi memberikan kesedaran tentang bahaya penyakit HIV terutamanya kepada golongan-golongan berisiko yang terdiri daripada golongan remaja.
Program Tomorrow's Leaders

Program Tomorrow's Leaders

πŸπŸ“ 𝐀𝐩𝐫𝐒π₯ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐨𝐦𝐨𝐫𝐫𝐨𝐰’𝐬 π‹πžπšππžπ«π¬ Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat telah melaksanakan Program Tomorrow’s Leaders dengan kerjasama ILP Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Program ini melibatkan seramai 45 orang pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar ILP Kuala Langat, IKBN Kuala Langat, Kolej Mara Banting, Kolej Komuniti Kuala Langat, Polteknik Banting dan Giat Mara Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah serta membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi dan program yang berkesan. Adalah diharapkan dengan penglibatan pelajar-pelajar ini dapat menjadi agen penyebar maklumat yang proaktif dan berketerampilan dalam menangani gejala dadah yang semakin meruncing di negara ini.
Promosi Sempena Pameran Pendidikan Kerjaya SMK Subang Jaya

Promosi Sempena Pameran Pendidikan Kerjaya SMK Subang Jaya

23 April 2024 | Promosi Sempena Pameran Pendidikan Kerjaya SMK Subang Jaya Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat yang diwakili oleh En. Hilmi Bin Abdul Majid dan Pn. Siti Fairusniza Binti Mansor telah dijemput oleh SMK Subang Jaya, sebagai Pempamer Pendidikan Kerjaya. Tujuan utama program ini adalah untuk menyalurkan informasi kepada murid-murid Tingkatan 4 dan 5 tentang peluang melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM dan laluan kerjaya dalam pelbagai bidang.
Mesyuarat Penyelarasan Tapak bagi Sambutan Hari TVET Negara

Mesyuarat Penyelarasan Tapak bagi Sambutan Hari TVET Negara

22 April 2024 || Mesyuarat Penyelarasan Tapak bagi Sambutan Hari TVET Negara. Sesi perbincangan lanjut mengenai Sambutan Hari TVET Negara melibatkan 12 kementerian yang terlibat secara langsung dalam institusi pendidikan TVET berlangsung hari ini di ILP Kuala Langat. Mesyuarat di pengerusikan oleh YBrs. Dr Faizal bin Tokeran dari MTVET menyelaraskan peranan ahli jawatankuasa dari setiap kementerian yang terlibat dalam melaksanakan program ini. Ahli jawatankuasa yang terlibat hadir bagi sesi lawatan tapak di institut. Semoga perancangan melaksanakan program Sambutan Hari TVET Negara di ILP Kuala Langat dapat direalisasikan dengan jayanya.
Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM)

Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM)

19 April 2024 || Perbincangan Kerjasama Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) Pihak ILP Kuala Langat telah dijemput bersama-sama pihak Ibu Pejabat JTM ke CyberSecurity Malaysia (CSM) di Cyberjaya bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan jalinan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak, khususnya yang melibatkan ILP Kuala Langat dan ILP Perai. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah JTM, Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali bersama Unit Jalinan Industri (UJI) JTM. Terima kasih diucapkan kepada pihak CSM di atas kerjasama yang diberikan. Semoga rancangan jalinan kerjasama yang dibincangkan akan dapat direalisasikan bersama dengan jayanya.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala LangatΒ 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Β 
Β Telefon : 03 -Β 3120 4600
Β Faksimili : 03 -Β 3120Β 4440
Β Email : admin.ilpkls@jtm.gov.myΒ 

Β 

Β 

Media Sosial