Accessibility Tools

Program Tomorrow's Leaders

Program Tomorrow's Leaders

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐จ๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐จ๐ฐโ€™๐ฌ ๐‹๐ž๐š๐๐ž๐ซ๐ฌ Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Langat telah melaksanakan Program Tomorrowโ€™s Leaders dengan kerjasama ILP Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Program ini melibatkan seramai 45 orang pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar ILP Kuala Langat, IKBN Kuala Langat, Kolej Mara Banting, Kolej Komuniti Kuala Langat, Polteknik Banting dan Giat Mara Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah serta membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi dan program yang berkesan. Adalah diharapkan dengan penglibatan pelajar-pelajar ini dapat menjadi agen penyebar maklumat yang proaktif dan berketerampilan dalam menangani gejala dadah yang semakin meruncing di negara ini.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langatย 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
ย 
ย Telefon : 03 -ย 3120 4600
ย Faksimili : 03 -ย 3120ย 4440
ย Email : admin.ilpkls@jtm.gov.myย 

ย 

ย 

Media Sosial