Accessibility Tools

Program CSR WIRA KESUMA

Program CSR WIRA KESUMA

20 Februari 2024 || Program CSR WIRA KESUMA Pihak ILP Kuala Langat telah melaksanakan aktiviti gotong royong sempena Program CSR WIRA KESUMA 2024 di Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Seri Jugra, Banting, Selangor. Program CSR ini melibatkan penyertaan seramai 4 orang pengajar dan juga 43 orang pelajar. Aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah berfokus kepada pembersihan di ruang dalam masjid dan juga persekitaran luar masjid. Wakil pengajar juga turut membincangkan berkenaan anjuran bersama pelbagai aktiviti lagi bersama pihak JK Masjid di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Samad di atas kesudian menyambut baik program CSR yang dicadangkan oleh pihak institut. Semoga ukhwah yang terjalin di antara pihak ILP Kuala Langat dengan JK Masjid akan terus utuh.
CSR Misi Bantuan Banjir

CSR Misi Bantuan Banjir

Pada 9 & 10 Mac 2023 ILP Kuala Langat telah menjayakan Misi Bantuan Banjir di Johor dengan membuat sumbangan barangan keperluan ke PPS SK Agama Seri Medan, Batu Pahat, PPS Parit Hj Ahmad, Seri Medan dan Rumah Ketua Kampung Seri Medan (bantuan kepada 36 keluarga yang tidak dapat keluar ke PPS).
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Medan, Batu Pahat khususnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada wakil ILP Kuala Langat iaitu En Kamarulmizan dan Pn Ruzlina Painan yang telah menjayakan misi bantuan banjir pada kali ini.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial