Accessibility Tools

Program CSR WIRA KESUMA

Program CSR WIRA KESUMA

20 Februari 2024 || Program CSR WIRA KESUMA Pihak ILP Kuala Langat telah melaksanakan aktiviti gotong royong sempena Program CSR WIRA KESUMA 2024 di Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Seri Jugra, Banting, Selangor. Program CSR ini melibatkan penyertaan seramai 4 orang pengajar dan juga 43 orang pelajar. Aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah berfokus kepada pembersihan di ruang dalam masjid dan juga persekitaran luar masjid. Wakil pengajar juga turut membincangkan berkenaan anjuran bersama pelbagai aktiviti lagi bersama pihak JK Masjid di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Samad di atas kesudian menyambut baik program CSR yang dicadangkan oleh pihak institut. Semoga ukhwah yang terjalin di antara pihak ILP Kuala Langat dengan JK Masjid akan terus utuh.

Related Articles

CSR Misi Bantuan Banjir

CSR Misi Bantuan Banjir

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial