Accessibility Tools

Minggu Keselamatan Siber 2022

Minggu Keselamatan Siber 2022

Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat telah menganjurkan program Minggu Keselamatan Siber yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 September 2022 . Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan maklumat dan menyampaikan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan siber pada era digitalisasi yang kian mencabar ini. Justeru itu, ia memberi peluang kepada semua pelajar dan pengajar ILJTM untuk menyertai serta mengasah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang keselamatan siber melalui pertandingan yang telah diadakan. Seterusnya, program ini diharapkan dapat memupuk dan menerapkan nilai-nilai integriti dalam keselamatan siber melalui perbincangan forum dan seminar oleh badan–badan penguatkuasaaan keselamatan siber di Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan e-Sport, pameran hasil projek-projek inovasi, seminar dan forum berkaitan keselamatan siber turut diadakan. Pada hari pertama program ini berlangsung, terdapat dua pertandingan yang dijalankan iaitu Pertandingan Capture The Flag dan Pertandingan e-Sport. Bagi pertandingan Capture The Flag, tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan Skynet dari Adtec Taiping, tempat kedua pasukan BP Tribe Alpha dari Adtec Batu Pahat dan tempat ketiga pasukan BP Tribe Bravo dari Adtec Batu Pahat. Selain itu, pameran hasil inovasi dan juga gerai-gerai jualan turut berlangsung pada hari pertama di Dewan Besar ILPKLS dan juga Foyer ILPKLS. Pada hari kedua program ini dijalankan, pihak ILPKLS telah menjemput beberapa orang panel dan juga penceramah dari pelbagai institusi berkanun berkaitan jenayah siber bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang jenayah siber kepada para pelajar, kakitangan ILJTM dan juga rakan-rakan TVET.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial