Accessibility Tools

Ceramah Keagamaan bulan Ramadan dengan tajuk : Jiwa Al-Quran

Ceramah Keagamaan bulan Ramadan dengan tajuk : Jiwa Al-Quran

3 April 2024 || Satu ceramah keagamaan bulan Ramadan dengan tajuk : Jiwa Al-Quran oleh Ustaz Mohd Najib Bin Khasim. Ceramah diadakan di Dewan Lavender, ILPKLS yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Muslim yang bertujuan untuk meneroka aspek keagamaan dan spiritual Al-Quran semasa bulan suci Ramadan. Ustaz Mohd Najib juga berkongsi tips dan strategi praktikal tentang bagaimana untuk mengaplikasikan pengajaran Al-Quran ke dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa Ramadan.
Kursus Kad Hijau CIDB

Kursus Kad Hijau CIDB

2 April 2024 || Kursus Kad Hijau CIDB Seramai 38 orang pelajar semester akhir dari bengkel Tek. CADD Senibina telah mengikuti kursus Kad Hijau CIDB. Kursus Kad Hijau CIDB adalah Program Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dalam aspek keselamatan dan kesihatan kepada semua personel binaan di tapak bina. Terima kasih diucapkan kepada pengajar En. Rahman Bin Selamat atas ilmu yang diberikan, semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan.
Kursus Building Estimation di bawah Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI)

Kursus Building Estimation di bawah Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI)

20-22 Februari 2024 || Kursus Building Estimation di bawah Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bagi Bidang Cadd Senibina. Kursus Building Estimation dibawah program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) telah dilaksanakan di bengkel Tek. Cadd Senibina ILP Kuala Langat kepada tenaga pengajar khususnya. Perkongsian Kepakaran Industri ini telah diberikan oleh Encik Mohamad Fadzeli bin Zainal Abidin. Semoga dengan perkongsian kepakaran dan pengalaman beliau dalam industri dapat membantu dan memperkasakan lagi kemahiran tenaga pengajar Cadd Senibina seterusnya dapat menghasilkan produk (pelajar) yang berkualiti bagi pasaran industri.
Kursus Certified Network Defender (CND)

Kursus Certified Network Defender (CND)

Pada 30 Oktober - 3 November 2023 telah diadakan kursus Certified Network Defender (CND) dibawah program Training of Trainers Industry4wrd yang telah diadakan di Makmal Cisco Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat.
 
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memahami, mengurus, dan melindungi rangkaian komputer dari ancaman keselamatan siber.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya, Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials

Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials

𝟏𝟔-𝟏𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑
Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) telah menjalankan Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials di bawah Program Training of Trainers Industry4wrd dari 16-19 Oktober 2023. Kursus ini disertai oleh 20 orang pegawai daripada ILP Kuala Langat dan ILJTM lain. Kursus ini dikendalikan oleh Training Provider, Glocatech Holdings Sdn. Bhd dan disampaikan oleh Trainer, Encik Siva Yohan Jalaguvalan (Senior Corporate Academic- Multimedia & Application Trainer).
Semua peserta telah menduduki peperiksaan Adobe Certified Professional in Multiplatform Animation using Adobe Animate dan kesemua peserta telah LULUS peperiksaan ini. Kursus ini telah berjalan lancar dan semua yang terlibat telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang kursus.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tugasan-tugasan lain.
"Knowledge is Power"
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial