Accessibility Tools

๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’” ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’†๐’Œ ๐‘ช๐’–๐’•๐’Š ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰

๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’” ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’†๐’Œ ๐‘ช๐’–๐’•๐’Š ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰

๐Ÿญ๐Ÿด - ๐Ÿฎ๐Ÿด แด…ษช๊œฑแด‡แดส™แด‡ส€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ || ๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’” ๐‘ฑ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’†๐’Œ ๐‘ช๐’–๐’•๐’Š ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰
Unit CESS, BPSM, BPPL, BKKL dan BPPA ILP Kuala Langat telah menganjurkan kursus jangka pendek (KJP) yang di khususkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sempena cuti sekolah akhir tahun. Sambutan sangat menggalakkan sepanjang minggu kursus diadakan. Terima Kasih kepada pelajar-pelajar yang telah hadir.
Kursus yang telah disediakan sepanjang minggu cuti sekolah adalah seperti berikut:
- Basic Smartphone Photography
- Basic Microsoft Word
- Basic Microsoft Excel
- Basic Microsoft PowerPoint
Kursus jangka pendek di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor

Kursus jangka pendek di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor

7 & 14 November 2023|| Pegawai-pegawai daripada Bengkel Multimedia telah dijemput sebagai penceramah jemputan untuk melaksanakan kursus jangka pendek di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor. Seramai 24 orang pegawai JANM telah menyertai kursus Canva manakala 22 orang pegawai JANM telah menyertai kursus Fotografi ini. Berikut adalah senarai kursus yang telah dilaksanakan
ย 
Kursus Canva (7 Nov) telah dikendalikan oleh Puan Siti Aishah binti Mansor dan Puan Shazrina binti Mohd Hussin
Kursus Fotografi (14 Nov) dikendalikan oleh En. Wahni Rizal bin Abdullah Kamal dan En. Nurul Hadi bin Bassir.
ย 
Terima kasih diucapkan kepada JANM Negeri Selangor dan semoga ilmu yang diperolehi dapat membantu meningkatkan prestasi kerja.
Kursus Jangka Pendek yang bertajuk Cyber Security

Kursus Jangka Pendek yang bertajuk Cyber Security

Pada 1 dan 2 November 2023, bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat, telah mengadakan Kursus Jangka Pendek yang bertajuk Cyber Security yang telah diadakan di makmal NT. Tujuan kursus ini untuk mempelajari tentang keperluan dan pengetahuan kepada cyber security.
Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pelajar - pelajar dan 2 orang guru daripada KV Shah Alam Selangor yang telah menyertai kursus ini.
Tahniah dan terima kasih kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada pengajar dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat iaitu Pn. Nik mursilah Akmal. Semoga ilmu yang telah diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Kursus Revit for Architecture

Kursus Revit for Architecture

17 - 19 Oktober 2023 | Kursus Revit for Architecture
Kursus Jangka Pendek bagi Revit for Architecture telah dilaksanakan dan diajar oleh tenaga pengajar iaitu Puan Halijah binti Omar.
KURSUS JANGKA PENDEK AUGMENTED REALITY (AR)

KURSUS JANGKA PENDEK AUGMENTED REALITY (AR)

KURSUS JANGKA PENDEK AUGMENTED REALITY (AR) siri 1 dan siri 2 di bawah Program Outreach Kemahiran Daya Cipta telah diadakan di Bengkel Multimedia ILP Kuala Langat pada 13.9 2023 dan 14.9.2023.
ย 
Kursus ini disampaikan oleh Puan Siti Aishah binti Mansor dan Puan Shazrina binti Mohd Hussin dan telah disertai oleh 22 orang pelajar daripada SMK Tanjong Sepat pada siri yang pertama dan 20 orang pada hari ke dua. Dalam kursus ini, para pelajar didedahkan kepada asas Augmented Reality.
ย 
Semoga ilmu yang telah diperolehi melalui kursus ini memberi manfaat kepada pelajar.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langatย 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
ย 
ย Telefon : 03 -ย 3120 4600
ย Faksimili : 03 -ย 3120ย 4440
ย Email : admin.ilpkls@jtm.gov.myย 

ย 

ย 

Media Sosial