Accessibility Tools

Technology Update Daripada Syarikat H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd.

Technology Update Daripada Syarikat H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd.

8 Mac 2024 || Sesi Perkongsian Technology Update Daripada Syarikat H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat Cybicom (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi perkongsian technology update kepada pihak ILP Kuala Langat. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh wakil dari syarikat H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd. dan dihadiri oleh 12 pegawai dari pihak institut, khasnya dari bahagian Teknologi Komputer Rangkaian serta Pusat Sumber & Multimedia. Turut hadir adalah wakil syarikat pengedar sah bagi H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd. iaitu Teleplex Solutions Sdn. Bhd. Pihak institut sangat berbesar hati di atas kesudian pihak syarikat untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang bermanfaat. Kedua-dua pihak turut merancang untuk mengadakan kerjasama seterusnya berkaitan dengan H3C Academy untuk para pelajar di ILP Kuala Langat. Terima kasih diucapkan kepada pihak Cybicom (M) Sdn. Bhd. dan H3C Technology Solutions Malaysia Sdn. Bhd. di atas perkongsian dan kerjasama yang diberikan. Semoga lebih banyak perkongsian bermanfaat dapat dilaksanakan bersama pada masa hadapan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial