Accessibility Tools

Program Minggu Silaturrahim Pelajar Baharu Sesi 1/2024

Program Minggu Silaturrahim Pelajar Baharu Sesi 1/2024

29.1.2024 - 2.2.2024 || Program Minggu Silaturrahim Pelajar Baharu Sesi 1/2024 Pelbagai aktiviti telah disusun atur oleh Ahli Jawatankuasa MSR 1/2024, di mana aktiviti bermula seawal Subuh sehingga malam. Para pelajar akan memulakan hari dengan solat Subuh berjemaah, beriadah, menghadiri taklimat dan ceramah, membuat latihan dalam kumpulan dan gotong royong. Tujuan aktiviti Minggu Silaturrahim ini diadakan adalah untuk membentuk pelajar-pelajar dengan disiplin yang tinggi, serta mematuhi peraturan dan arahan pihak institut. Selain itu, aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam jiwa setiap pelajar. Majlis Perasmian Penutup MSR Sesi 1/2024 telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Kuala Langat, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial