Accessibility Tools

Lawatan Penilaian Pentauliahan Pembaharuan Program Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)

Lawatan Penilaian Pentauliahan Pembaharuan Program Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)

7 Julai 2023 | Lawatan Penilaian Pentauliahan Pembaharuan Program
Alhamdulillah, bengkel Programming, ILP Kuala Langat telah berjaya memperbaharui dan mendapat pentauliahan penuh bagi Program Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) yang menggunapakai NOSS IT-010-3:2016 APPLICATION DEVELOPMENT.
Program ini ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab untuk menilai, memantau dan memberi kelulusan kepada Pusat Bertauliah untuk menjalankan sesuatu program. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 juga dikeluarkan oleh pihak JPK setelah pelatih tamat menjalani latihan dengan jayanya di ILP Kuala Langat.
Terima kasih kepada kedua-dua panel iaitu En. Mohamad Faris Bin Jamaludin dan En. Abd Rashid Bin Jani atas pandangan dan perkongsian yang sangat baik serta membantu kami dalam usaha melatih dan melahirkan pekerja mahir dalam bidang pengaturcaraan.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial