Accessibility Tools

Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat

Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat

16 Jun 2023 | Program Outreach Pemerkasaan TVET Bersama Kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat
Bertempat di Bilik Seminar 1 Pusat Sumber, satu Program Outreach Pemerkasaan TVET telah diadakan kepada semua kaunselor Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat. Program ini mendapat kerjasama yang baik dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dalam menyalurkan info-info berkaitan Pendidikan TVET di ILP Kuala Langat khususnya dan ILJTM amnya.
Antara agenda bagi program tersebut adalah kata-kata aluan oleh Tuan Pengarah, taklimat penerangan TVET oleh TP(L), penyampaian info pengambilan pelajar oleh PP BPPL, penerangan kursus, fasiliti bengkel dan prospek kerjaya oleh Ketua-Ketua Bahagian serta lawatan ke bengkel-bengkel.
Pihak institut amat berharap agar program sebegini dapat memberikan input yang berguna kepada kaunselor-kaunselor untuk disebar luas kepada pelajar-pelajar sekolah menengah agar kesedaran dan kefahaman tentang kelebihan bidang TVET dapat ditingkatkan bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang kompeten.

Related Articles

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial