Accessibility Tools

Webinar sempena National Training Week -Create Mobile Apss using Google Site and AppsGeyser

Webinar sempena National Training Week -Create Mobile Apss using Google Site and AppsGeyser

Pada 24 Mei 2023 Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) berjaya melaksanakan Webinar Create Mobile Apss using Google Site and AppsGeyser sempena NATIONAL TRAINING WEEK. Webinar ini dikendalikan oleh dua orang pengajar iaitu En. Muhammad Shukri bin Saud dan Puan Siti Nur Lily Fahida binti Barahim. Webinar ini disertai oleh lebih dari 100 orang peserta dan mendapat sambutan yang sangat baik. Tahniah kepada semua peserta.
Webinar sempena National Training Week - Packet Tracer : ACL Best Practice

Webinar sempena National Training Week - Packet Tracer : ACL Best Practice

Pada 25 Mei 2023, Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah mengajurkan Webinar sempena National Training Week yang bertajuk Packet Tracer : ACL Best Practice. Webinar ini telah diseliakan oleh Pn. Noorsuzani binti Said dan dibantu oleh Pn. Nik Mursilah Akmal binti Mustafa. Peserta webinar ini didedahkan dengan asas configurasi Standard dan Extended ACL dengan menggunakan perisian Packet Tracer.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah sudi menyertai webinar yang telah dianjuarkan oleh bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat dan ucapan terima kasih kepada semua pengajar yang telah terlibat dalam menjayakan webinar ini.
Kursus Kemahiran #TVETDigital PERCUMA bertajuk "Dari Garisan Menjadi Warisan"

Kursus Kemahiran #TVETDigital PERCUMA bertajuk "Dari Garisan Menjadi Warisan"

Pada 7.3.2023 ILP Kuala Langat telah mengadakan Kursus Kemahiran #TVETDigital secara PERCUMA yang bertajuk "Dari Garisan Menjadi Warisan". Kursus ini disampaikan oleh En Syamsul Nizam bin Mohamad dan En Mohd Rais bin Mahmudin dari Bahagian CADD Senibina . 
Kursus Kemahiran #TVETDigital PERCUMA "It's Easy to Create Website using Wordpress"

Kursus Kemahiran #TVETDigital PERCUMA "It's Easy to Create Website using Wordpress"

Pada 10 Mac 2023 ILP Kuala Langat telah mengadakan Kursus Kemahiran #TVETDigital secara PERCUMA secara online yang bertajuk "It's Easy to Create Website using Wordpress". Kursus ini disampaikan oleh Puan Nor Dahiyah Binti Ghazali, pengajar dari Bengkel Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) dan dihadiri oleh 133 orang peserta secara atas talian. Dalam kursus ini, peserta telah didedahkan bagaimana menggunakan hosting dan domain percuma seterusnya menghasilkan laman web menggunakan Wordpress.
 
 
 
Kursus online percuma - Create Your Own Mobile App using Andromo

Kursus online percuma - Create Your Own Mobile App using Andromo

ILP Kuala Langat telah mengadakan Kursus #TVETDigital Create Your Own Mobile App using Andromo pada 2 Mac 2023. Seramai 213 orang peserta yang telah menghadiri Kursus #TVETDigital Create Your Own Mobile App using Andromo . Kursus online percuma ini telah dikendalikan oleh Puan Tengku Muzlina Hanim Tengku Semara, Ketua Bahagian Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web).

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial