Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Program Pembangunan Kemahiran dan Teknologi ke Politeknik Negeri Bandung (POLBAN)

Tarikh : 26 September 2019

Timbalan Pengarah ILP Kuala Langat, Pn Nurashikin binti Ismail telah mengetuai Program Pembangunan Kemahiran dan Teknologi di Politeknik Negeri Bandung (POLBAN). Kehadiran pegawai-pegawai dari ILPKLS telah disambut oleh Pembantu Direktor Bidang Akademik, Dr Ir Andriyanto Setyawan, Vice Director For Planning, Development & Cooperation Affair, Drs Mulyadi Yuswandono, Vice Director For Student Affair, Mr Harita Nurwahyu Chamidy dan Ketua Jurusan teknik Sipil, Mr Hendry. Melalui program ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan bidang kemahiran dan teknologi di samping berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam bidang Komputer dan Teknologi Cadd Senibina. Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat mewujudkan jalinan kerjasama antarabangsa di antara ILP Kuala Langat dan POLBAN.