Accessibility Tools

Majlis Konvokesyen ILJTM Jabatan Tenaga Manusia Ke 26

Majlis Konvokesyen ILJTM Jabatan Tenaga Manusia Ke 26

Aktiviti Insititut Hits: 199
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π πˆπ‹π‰π“πŒ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 πŒπ€ππ”π’πˆπ€ πŠπ„ πŸπŸ” 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘ | πŸπŸ’ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ‘ (π’πˆπƒπ€ππ† 𝟏 & π’πˆπƒπ€ππ† 𝟐) | πŒπ€π„ππ’ 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆
Seramai 6519 graduan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah berjaya menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil pada Majlis Konvokesyen kali ini. Majlis Konvokesyen ini meraikan graduan dari 32 kampus ILJTM di seluruh negara iaitu dari Institut Teknikal Jepun-Malaysia, 8 kampus Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 23 kampus Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Β 
Perasmian Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali Ke-26 Tahun 2023 akan disempurnakan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia pada 14 Ogos 2023.
Graduan–graduan ini adalah terdiri dari lulusan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di ILJTM bidang kluster TVET seperti ICT, Sivil, Elektronik, Kimpalan, Pembuatan, Percetakan, Pengangkutan, Pengeluaran Produk, Penyelenggaraan Elektrik dan Perkhidmatan Kejuruteraan.
Β 
Majlis Konvokesyen kali ini juga turut mengiktiraf dan menghargai aspek kecemerlangan di mana lima (5) anugerah telah disediakan iaitu Anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Khas Graduan, Anugerah Tokoh Alumni, Anugerah Pengajar Cemerlang, dan Anugerah Rakan Kerjasama Strategik.
Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua graduan ILJTM!

Related Articles