Kursus Certified Network Defender (CND)

Kursus Certified Network Defender (CND)

Pada 30 Oktober - 3 November 2023 telah diadakan kursus Certified Network Defender (CND) dibawah program Training of Trainers Industry4wrd yang telah diadakan di Makmal Cisco Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat.
 
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memahami, mengurus, dan melindungi rangkaian komputer dari ancaman keselamatan siber.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya, Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.
Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials

Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials

𝟏𝟔-𝟏𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑
Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) telah menjalankan Kursus Adobe Animate Creative Cloud Essentials di bawah Program Training of Trainers Industry4wrd dari 16-19 Oktober 2023. Kursus ini disertai oleh 20 orang pegawai daripada ILP Kuala Langat dan ILJTM lain. Kursus ini dikendalikan oleh Training Provider, Glocatech Holdings Sdn. Bhd dan disampaikan oleh Trainer, Encik Siva Yohan Jalaguvalan (Senior Corporate Academic- Multimedia & Application Trainer).
Semua peserta telah menduduki peperiksaan Adobe Certified Professional in Multiplatform Animation using Adobe Animate dan kesemua peserta telah LULUS peperiksaan ini. Kursus ini telah berjalan lancar dan semua yang terlibat telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang kursus.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tugasan-tugasan lain.
"Knowledge is Power"
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS.
Kursus Professional Certification Building Information Modeling (BIM) for Architecture.

Kursus Professional Certification Building Information Modeling (BIM) for Architecture.

Pada 22 - 26 Mei 2023 berlangsung Kursus Professional Certification Building Information Modeling (BIM) for Architecture. Kursus ini diadakan di MyBIM Center, Sunway Putra Mall dan seramai 7 orang peserta iaitu 5 orang peserta dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dan 2 orang peserta dari Institut Latihan Perindustrian Pedas. 
Tahniah diucapkan kepada 5 orang pengajar Teknologi Cadd Senibina kerana telah lulus dengan jayanya dalam ujian Professional Certification Building Information Modeling (BIM) Modelling In Architecture. Semoga ianya dapat memantapkan lagi sesi pengajaran pembelajaran (PnP) Dalam bidang ini.
Kursus Building Information Modeling (BIM) Project Quantification

Kursus Building Information Modeling (BIM) Project Quantification

2-6 Oktober 2023: Kursus Building Information Modeling (BIM) Project Quantification
Seramai 6 orang pengajar dari ILP Kuala Langat dan seorang pengajar dari ILP Pedas telah menghadiri Kursus Building Information Modeling (BIM) Project Quantification dan akan menduduki peperiksaan pada 6 Oktober 2023.
Selamat maju jaya
Kursus PPK Web Development

Kursus PPK Web Development

Kursus PPK Web Development telah diadakan di Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) dari 8 Hingga 12 Mei yang lepas. Kursus ini disampaikan oleh En. Sharafiq Sharif dan disertai oleh 17 orang pengajar ILP Kuala Langat. Dalam kursus ini pengajar didedahkan kepada pembangunan laman Web menggunakan WordPress.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial