Pameran bertemakan produk inovasi sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM)

Pameran bertemakan produk inovasi sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM)

23.11.2023, Khamis | Pameran bertemakan produk inovasi sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM)
 
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri ( MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir ( ATM) 2023  akan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam pertandingan kemahiran kebangsaan dan antarabangsa. Majlis ini akan berlangsung  pada 23 November 2023 bertempat di SACC Shah Alam, Selangor. Pada majlis tersebut, pihak urusetia telah memperuntukan reruai kepada pihak JTM bagi tujuan pameran yang bertemakan produk inovasi.
 
Oleh yang demikian, pihak Bengkel Teknologi Perisian Multimedia (TPM) telah menyertai pameran bertemakan produk inovasi tersebut sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) di
Shah Alam Convention Centre (SACC). Pempamer tersebut ialah:
 
  1. Muhammad Lukman Bin Hafidi (Semester 4 TPM)
  2. Nur Syazwani Binti Mohd Arman (Semester 4 TPM)

 

Program Multimedia BRAWL 2023

Program Multimedia BRAWL 2023

23.11.2023, Khamis | Program Multimedia BRAWL 2023
 
Telah berlangsung Program Multimedia BRAWL 2023 anjuran Pelajar Semester 3 Bahagian Teknologi Multimedia (TPM). Program berkenaan diadakan bertujuaan memenuhi tugasan bagi Modul Product Organization. Program tersebut telah berjaya melibatkan kesemua pelajar Bengkel TPM. Tahniah kepada semua AJK program tersebut, semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ikatan ukhwah semua pelajar-pelajar TPM.
Hari ICT di Kementerian Sumber Manusia

Hari ICT di Kementerian Sumber Manusia

Pada 31 Oktober 2023, seramai 10 orang pelajar diiringi oleh seorang pengajar iaitu Pn. Aminah binti Jaferi dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah dijemput untuk menghadiri Hari ICT di Kementerian Sumber Manusia bertempat di Dewan Serbaguna KSM.
 
Objektif program ini adalah sebagai platform pendedahan makluman mengenai kepentingan keselamatan siber pada era digitalisasi. Perbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti ceramah, perkongsian maklumat mengenai keselamatan siber, pertandingan, kuiz dan pameran berkaitan dengan ICT.
Terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar - pelajar dan Pn. Aminah kerana telah menghadiri jemputan tersebut dan berjaya meraih kemenangan dalam pelbagai pertandingan yang telah diadakan.
Pertandingan eSports di bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat

Pertandingan eSports di bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat

Pada 1 dan 2 November telah diadakan pertandingan eSports di bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat, semua pengajar dan pelajar dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini dibawah seliaan Pn. Aminah binti Jaferi dan Pn. Juliana binti Elah.
Objektif pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar - pelajar dan semua pengajar. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Aminah dan Pn. Juliana serta semua pengajar dan pelajar - pelajar yang telah menyertai pertandingan ini.
Tahniah juga kepada semua peserta yang telah berjaya, Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara kita semua.
Hari Kecemerlangan Ko-Kurikulum Pelajar ILJTM Zon Tengah

Hari Kecemerlangan Ko-Kurikulum Pelajar ILJTM Zon Tengah

13-15 OKTOBER 2023 | Hari Kecemerlangan Ko-Kurikulum Pelajar ILJTM Zon Tengah, telah berlangsung di ILP Pedas. Johan keseluruhan dimenangi oleh ADTEC Shah Alam.
Keputusan perlawanan:
Futsal
Johan - ADTEC Shah Alam B
N.Johan - ADTEC Melaka
Ke 3 -ADTEC Shah Alam A
NetBall/Bola Jaring
Johan - ADTEC Melaka
N.Johan - ILP Pedas
Ke 3 - ADTEC Shah Alam
Bola Tampar (Lelaki)
Johan - ADTEC Shah Alam
N.Johan - ILP Kuala Lumpur
Ke 3 - ADTEC Melaka
Bola Tampar (Wanita)
Johan - ADTEC Shah Alam
N.Johan - ILP Kuala Langat
Ke 3 - ILP Pedas
Ping Pong
Johan - ADTEC Melaka
N.Johan - ILP Pedas
Ke 3 - ILP Kuala Langat
Badminton
Johan - ADTEC Shah Alam
N.Johan- ILP Pedas
Ke 3 - ILP Kuala Langat
SEPAK TAKRAW
JOHAN - ADTEC Shah Alam
N.JOHAN - ILP Pedas
KE3 - ILP Pedas
PENTAQUE
JOHAN - ADTEC Shah Alam
N.JOHAN - HQ JTM
KE3 - ILP Kuala Langat

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial