

Pada 13 dan 14 Mac 2023 Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian ILP Kuala Langat telah mengadakan kursus KJP yang bertajuk Introduction To Internet Of Things yang dihadiri oleh 20 orang pelajar dan 3 orang Guru Pengiring dari Kolej Vokasional Shah Alam Selangor. Kursus ini mendedahkan pelajar tentang Asas kepada IOT dan penggunaan IOT dalam sistem rangkaian khususnya. Terima kasih diucapkan kepada Pengajar yang terlibat iaitu Pn. Juliana binti Elah dan En. mohd Shafiq bin Abdullah atas perkongsian ilmu yang telah diberikan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua peserta yang telah terlibat dalam menjayakan kursus tersebut.


Kursus Kemahiran #TVETDigital secara PERCUMA iaitu Introduction To SketchUp 3D In Architecture di bawah program KPI Quik Win 100 hari YBM yang dikendalikan oleh Bengkel Teknologi CADD Senibina secara bersemuka. Kursus yang dihadiri oleh 16 orang peserta ini telah berlangsung selama 1 hari. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Pn Nurliyana binti Tukimin dan En Mohd Zulkarnain bin Sairan dari Bengkel CADD Senibina.