Pada 16 Mei 2023 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023. ILP Kuala Langat telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Besar. Beberapa pertandingan telah diadakan sepanjang majlis tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Persembahan Terbaik Antara Bengkel, Pertandingan Booth Terbaik Dan Pertandingan Pakaian Terbaik Lelaki Dan Perempuan.

Pada 18 Mac 2023, semua AJK Surau Ar-Rahman ILP Kuala Langat yang terdiri dari kalangan kakitangan & pelajar telah melaksanakan gotong royong Surau Ar-Rahman bermula seawal 8 pagi dan berakhir sekitar 4 petang sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan.Antara aktiviti yang dilakukan adalah:
1.mencuci karpet
2.mendobi langsir, telekung dan sejadah
3.mengemas bilik AVA
4.mengemas stor simpanan
5.menyediakan meja moreh
6.mengecat batu, meja dan kerusi
8.membersihkan kawasan dalam & luar surau

Pada 31 Mac 2023, Surau Ar-Rahman ILP Kuala Langat telah mengedarkan buah kurma kepada seluruh warga ILP Kuala Langat dikalangan kakitangan, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.
Semoga sedikit sumbangan ini memberi sedikit kecerian serta berkongsi kegembiran kepada seluruh warga ILP Kuala Langat sewaktu berbuka puasa.