msen

Sijil Teknologi CADD Senibina

Image
Image

Sijil Teknologi CADD Senibina

Kursus ini melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lukisan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.

Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik. Pelajar juga diajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. 

Pelajar turut diberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina.

SOALAN LAZIM

SYARAT KEMASUKAN
  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Boleh membaca, menulis dan mengira; dan Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial