msen

Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)

Image
Image

DIPLOMA
TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Konfigurasi dan Penyelenggaraan Server, Konfigurasi Router, Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Penyelenggaraan Rangkaian dan Penggunaan Teknologi LAN dan WAN dalam rangkaian.

Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai pembangunan Projek Akhir (FYP) bagi mereka membangunkan sebuah projek bercirikan rangkaian dengan mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dalam bidang Komputer Rangkaian.

SOALAN LAZIM

SYARAT KEMASUKAN
  • Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus temuduga

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial