msen

Dilpoma Teknologi CADD Senibina

Image
Image

Diploma Teknologi CADD Senibina

Kursus ini melatih belia-belia lepasan SKM dengan kemahiran dalam bidang lukisan pelan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.

Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran dalam semua proses penyediaan tapak cadangan merekabentuk sesebuah bangunan serta mempersembahkan hasil kajian tapak dan projek yang telah dilaksanakan lengkap dengan lukisan persembahan dan butiran lengkap pelan-pelan serta model rekabentuk projek tersebut dengan menggunakan applikasi CADD yang besesuaian.

Pelajar turut diberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan 3D.

SOALAN LAZIM

SYARAT KEMASUKAN
  • Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus temuduga

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial