msen

Pentadbiran & Kewangan

This image for Image Layouts addon

Bahagian
Khidmat Pengurusan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Institut termasuk pentadbiran pejabat, pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan perkhidmatan, perjawatan, gaji, penilaian prestasi, perbelanjaan, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan.

Hubungi Kami

Khidmat Pengurusan

Bahagian ini juga berperanan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber tenaga manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di ILP Kuala Langat dan dilaksanakan dengan telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.

Bahagian ini juga bertindak selaku urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Perkembangan Sumber Manusia, Lembaga Perjawatan dan tatatertib.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial