
Tentang
ILP Kuala Langat
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor telah di bina pada 04 Februari 2003 dan telah siap dengan jayanya pada 11 Ogos 2004 di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Ianya terletak lebih kurang 4km dari pekan Banting menuju ke arah kg Jugra dan Pengkalan TUDM.
Visi, Misi dan Objektif Kami
Visi
Untuk menjadi organisasi peneraju dalam membangun tenaga kerja yang berdaya saing
Misi
Untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing
Objektif
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat Selangor ini ditubuhkan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang tertumpu terhadap kemahiran dan teknologi industri terkini melalui objektif tersebut :-
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara
- Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih berkesan ke arah pembangunan negara
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.
Piagam Pelanggan
Kami di ILP Kuala Langat & Jabatan Tenaga Manusia di amanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir dan pengajar terlatih. Dengan itu, kami berjanji:
- Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit
Pencapaian Piagam
Dasar Kualiti