Di dalam era globalisasi Revolusi Perindustrian IR4.0, keselamatan siber merupakan aspek yang perlu diberikan keutamaan.
ILP Kuala Langat telah diamanahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dan Kementerian Sumber Manusia untuk melatih pelajar-pelajar, pihak industri dan masyarakat awam dengan kepakaran dan maklumat di dalam bidang keselamatan siber.
Selaku pusat kecemerlangan teknologi maklumat dan keselamatan siber, Institut ini mengambil peluang untuk melaksanakan pelbagai program dan kursus yang boleh memberi pendedahan serta maklumat kepada pelajar dan juga masyarakat mengenai kepentingan bidang keselamatan siber.