Accessibility Tools

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Bengkel Teknologi Perisian ke Kiddocare Sdn Bhd

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Bengkel Teknologi Perisian ke Kiddocare Sdn Bhd

Aktiviti Pelajar Hits: 240
12 Jun 2023 | Lawatan Sambil Belajar ke Kiddocare Sdn Bhd
Bengkel Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) dengan kerjasama daripada En Khairil-Iszuddin Bin Ismail dan rakan-rakan industri dari JOMLAUNCH telah menganjurkan satu lawatan ke Kiddocare Sdn Bhd yang bertempat di Kota Damansara, PJ. Lawatan ini dihadiri oleh 25 orang pelajar Sijil, diiringi oleh pengajar iaitu Pn Rosnidaini dan Pn Nor Dahiyah, juga disertai oleh En Hilmi daripada unit Community & Employment Support Service (CESS).
Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai realiti sebenar dunia pengaturcaraan khususnya pembangunan aplikasi web dan mobile. Pelajar-pelajar berpeluang mendengar perkongsian daripada syarikat mengenai perkara berikut :
- Bagaimana teknologi membantu operasi dan pemasaran
- Tools & Infrastruktur yang digunakan oleh syarikat
- Tips untuk menjadi seorang programmer
- Teknologi stack yang digunakan oleh programmer/developer
- Undang-undang dan peraturan laman web yang perlu dipatuhi
- Peluang dan ruang yang ada bagi pembangunan kerjaya
Semoga perkongsian daripada pihak syarikat dan beberapa orang pakar industri dapat membuka mata dan minda serta menyuntik semangat kepada semua pelajar.
Terima kasih kepada pihak syarikat yang sentiasa menyokong kami dalam usaha memberi pendedahan industri kepada para pelajar. Diharapkan aktiviti yang berterusan seperti ini dapat mengurangkan jurang di antara institusi dan industri dalam melatih tenaga mahir negara bagi memenuhi keperluan industri.

Related Articles

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Majlis Apresiasi Sesi 1/2022

Aktiviti ko-kurikulum

Aktiviti ko-kurikulum