Pada 22 - 26 Mei 2023 berlangsung Kursus Professional Certification Building Information Modeling (BIM) for Architecture. Kursus ini diadakan di MyBIM Center, Sunway Putra Mall dan seramai 7 orang peserta iaitu 5 orang peserta dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dan 2 orang peserta dari Institut Latihan Perindustrian Pedas.
Tahniah diucapkan kepada 5 orang pengajar Teknologi Cadd Senibina kerana telah lulus dengan jayanya dalam ujian Professional Certification Building Information Modeling (BIM) Modelling In Architecture. Semoga ianya dapat memantapkan lagi sesi pengajaran pembelajaran (PnP) Dalam bidang ini.