Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

  • Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
  • ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
  • ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

  • Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai)
  • Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www.jtm.gov.my [ atau sila ke menu Perkhidmatan Atas Talian di muka utama laman web JTM]
  • Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
  • Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
  • Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

PILIHAN KURSUS & INSTITUT

  • Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.
  • Bagi calon OKU, sila dapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut daripada Bahagian Pengurusan Latihan atau mana-mana ILJTM terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

FASILITI

  • Asrama
  • Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
  • Kemudahan sukan & riadah
  • Kantin / Kafeteria
  • Perpustakaan

BAYARAN

  • Yuran Pengajian:
    • Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
    • Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
  • Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).
 

CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN

  • Pengambilan Sesi Januari

  • Pengambilan Sesi Julai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat,
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Selangor
Tel: 03-31204600
Faks: 03-31204440

 

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Manusia,
Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Powered by JS Network Solutions