Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Diploma Teknologi Komputer Rangkaian (G02)

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Konfigurasi dan Penyelenggaraan Server, Konfigurasi Router, Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Penyelenggaraan Rangkaian dan Penggunaan Teknologi WAN dalam rangkaian.

Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai pembangunan Projek Akhir (FYP) bagi mereka membangunkan sebuah projek bercirikan rangkaian dengan mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dalam bidang Komputer Rangkaian.

 

Senarai Modul

 Semester 4 / Tahap 4

 

KOD MODUL NAMA MODUL
G02-04-11 SERVER CONFIGURATION
G02-04-12 COMPUTER NETWORK SECURITY DEPLOYMENT
G02-04-13 COMPUTER NETWORK MAINTENANCE MANAGEMENT
G02-04-14 ROUTER AND ROUTING CONFIGURATION
G02-04-15 OPEN SOURCE ADMINISTRATION
MK 4011 MATHEMATIC 4
SK 4081 ENGINEERING SCIENCE 4

 

 Semester 5 / Tahap 4

 

KOD MODUL NAMA MODUL
G02-05-11 SERVER MAINTENANCE ADMINISTRATION
G02-05-11 COMPUTER SYSTEM & NETWORK PROCUREMENT
G02-05-11 WAN TECHNOLOGY
PTA5025 PROJEK TAHUN AKHIR

 

 Semester 6 / Tahap 4

KOD MODUL NAMA MODUL
LI6026 INDUSTRIAL TRAINING

 

 Kemudahan Yang Disediakan:

 

Bahagian Teknologi Komputer (Rangkaian) menyediakan kemudahan seperti :

  • 3 makmal komputer (berhawa dingin) - Dilengkapi dengan komputer dengan spesifikasi tinggi dan perisian yang terkini untuk keperluan pembelajaran
  • 1 Makmal PC Maintenance (berhawa dingin) - Dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan bagi aktiviti pemasangan dan penyelenggraan peralatan komputer.
  • 1 Makmal Cabling & Fiber Optic (berhawa dingin) - Dilengkapi dengan peralatan pemasangan kabel dan fiber optic seperti Network Scanner, Network Tester, Network Analyser, Fiber Splicer, OTDR dan lain-lain.
  • 4 bilik kuliah (berhawa dingin)
  • Kelengkapan bengkel yang lengkap
  • Sambungan internet
  • Latihan yang diberi oleh Pensyarah/Pakar-pakar yang di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

 Persijilan

  • Diploma Komputer Rangkaian Oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran  (JPK).
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan sistem CGPA dan GPA.

 

Aktiviti Luar Yang Pernah Dijalankan

  • Program Latihan 1 Malaysia dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian.
  • Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) bidang IT Network Support
  • Pertandingan MySkill bidang Web Design
  • Pertandingan WSMB bidang IT Network Support
  • Projek Pembangunan Sistem E-Masjid di Masjid Seksyen 12, Shah Alam (Projek tahun Akhir pelajar)
  • Laptop Day ( Penyelenggaraan laptop secara percuma kepada komuniti setempat)

 

  Prospek Kerja

  • Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat dalam industri teknologi komputer rangkaian, pengurusan rangkaian, keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT.
  • Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Eksekutif  Sokongan Maklumat / IT, Penolong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Help desk.
  • Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain.

 

 Peralatan Latihan

 Software

  • Technical drawing visio 2013
  • Network simulation VMware 10.0
  • Windows Server 2012
  • Cisco Aspire
  • Packet Tracer 6.3

Main Menu

Powered by JS Network Solutions