Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PANDUAN KEMASUKAN

PENGENALAN

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

ILP menawarkan program peringkat sijil & sijil lanjutan, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Dalam Talian (online) di laman web JTM (http://www.jtm.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari dan di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui laman web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

Klik di sini bagi :

  1. Panduan Kemasukan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Teknologi
  2. Panduan Kemasukan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

 

FASILITI

JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

BAYARAN

Yuran Pengajian:

  1. Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
  2. Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat,
Jalan Sultan Abdul Samad,
42700 Banting, Selangor
Tel: 03-31204600
Faks: 03-31204440

 

Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Manusia,
Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Main Menu

Powered by JS Network Solutions