Kami di ILP Kuala Langat & Jabatan Tenaga Manusia di amanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir dan pengajar terlatih. Dengan itu, kami berjanji :
Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.