Print

 

Merealisasikan objektif-objektif pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer, multimedia  dan perpustakaan.

Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia

  • Mengurus sistem rangkaian (LAN & WAN), komputer termasuk perisian dan perkakasan, pencetak, dan lain-lain teknologi maklumat Jabatan, pegawai dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat serta penyelenggaraannya;
  • Mengurus sistem portal laman web, sistem emel, data pegawai dan pelajar, E-Learning dan projek ICT Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat;
  • Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Latihan (TMS) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat;
  • Mengurus peralatan AVA di Studio, Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna;
  • Menjadi urusetia penggambaran;
  • Menyedia kursus ICT kepada masyarakat setempat;
  • Menyelaras pengajaran Applikasi Komputer kepada pelajar ILP Kuala Langat.

Perpustakaan

  • Mengurus perpustakaan ILP Kuala Langat sebagai tempat rujukan oleh pensyarah, pelajar dan peserta kursus;
  • Menguruskan pembelian buku-buku, majalah serta bahan perpustakaan yang lain , termasuk membuat pesanan merekod, mengkatalog menghantar peringatan dan sebagainya;
  • Mengesan dan mendapatkan maklumat artikal bahan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan;
  • Mengurus kerja-kerja pentadbiran dan penyeliaan perkhidmatan perpustakaan seperti mengawal pinjaman bahan-bahan perpustakaan, taip-taip, menulis laporan dan sebagainya;
  • Mengemaskini majalah-majalah untuk di jilid;

FUNGSI:

Fungsi

  • Melahirkan tenaga pekerja mahir dan berketerampilan serta berdisiplin;
  • Penyediaan pusat sumber dan multimedia yang lengkap dan kondusif;
  • Penyediaan dan penyelenggaraan sistem maklumat yang cekap;
  • Penyelenggaraan dan Pembangunan fizikal ICT;
  • Menjadikan pusat sumber sebagai pusat mengumpul hasil karya ilmiah Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat;
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pengguna, cekap dan berkesan;
  • Memastikan semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Komputer secara saksama.