Print

Bahagian Community & Employment Support Service (CESS) ditubuhkan bagi merapatkan hubungan industri dengan ILP supaya bidang-bidang latihan sedia ada dapat dipasarkan keperingkat kebangsaan dan global. Bahagian ini juga akan bertindak sebagai perantara dan sentiasa mempromosi, meningkat dan memperkukuhkan hubungan, kerjasama dan jaringan dua hala diantara ILP dengan industri dalam usaha membantu melatih, pemasaran dan pekerjaan pelatih.

Bahagian ini juga berperanan untuk merancang dan mengatur penyertaan pelajar keprogram atau aktiviti yang membantu pembangunan diri sebagai persediaan sebelum menceburi dunia kerjaya. Bahagian ini juga mengumpul maklumat dan data berkaitan pembangunan kerjaya sebagai sumber rujukan kepada pelajar dan graduan.

Melalui kepakaran yang ada, Bahagian ini bertindak menyelaras aktiviti-aktiviti latihan separuh masa dari penyertaan pekerja-pekerja dipelbagai sektor awam dan swasta dibawah program life long learning.

Bahagian ini juga bertindak sebagai penyelaras bagi latihan industri pelajar-pelajar. Jesteru ianya sebagai medium perantaraan antara ILP dan industri dan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian bagi membantu ILP mencapai  kecemerlangan.

 

PERANAN