Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Bahagian Community & Employment Support Service (CESS) ditubuhkan bagi merapatkan hubungan industri dengan ILP supaya bidang-bidang latihan sedia ada dapat dipasarkan keperingkat kebangsaan dan global. Bahagian ini juga akan bertindak sebagai perantara dan sentiasa mempromosi, meningkat dan memperkukuhkan hubungan, kerjasama dan jaringan dua hala diantara ILP dengan industri dalam usaha membantu melatih, pemasaran dan pekerjaan pelatih.

Bahagian ini juga berperanan untuk merancang dan mengatur penyertaan pelajar keprogram atau aktiviti yang membantu pembangunan diri sebagai persediaan sebelum menceburi dunia kerjaya. Bahagian ini juga mengumpul maklumat dan data berkaitan pembangunan kerjaya sebagai sumber rujukan kepada pelajar dan graduan.

Melalui kepakaran yang ada, Bahagian ini bertindak menyelaras aktiviti-aktiviti latihan separuh masa dari penyertaan pekerja-pekerja dipelbagai sektor awam dan swasta dibawah program life long learning.

Bahagian ini juga bertindak sebagai penyelaras bagi latihan industri pelajar-pelajar. Jesteru ianya sebagai medium perantaraan antara ILP dan industri dan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian bagi membantu ILP mencapai  kecemerlangan.

 

PERANAN

  • Bertindak sebagai perantara organisasi/institusi dengan agensi luar dalam mengwujud dan memperluaskan jaringan dan kerjasama
  • Menjalankan program-program promosi dalam memperluas dan memperkukuhkan jaringan serta imej organisasi
  • Menggalak dan menyelaras program dan aktiviti latihan sepenuh masa dan separuh masa
  • Memperkukuhkan pengurusan dan peranan Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS)
  • Menyelaras dan memperluaskan pelaksanaan latihan industri
  • Menyelaras dan memperkukuhkan aktiviti employabiliti dan kebolehkerjaan dalam memperkayakan pelajar dengan kemahiran “soft skills”
  • Menguruskan data-data dan statistik organisasi/institut
Powered by JS Network Solutions