Print

 

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) memainkan peranan penting dalam melancarkan segala program latihan kemahiran ILP Kuala Langat bagi menyokong permintaan yang banyak dari industri swasta dan amnya dari sektor awam bagi merealisasi objektif pusat latihan dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan mempunyai beberapa tujuan bagi memantapkan aktivitinya selaras dengan perkembangan sektor latihan kemahiran negara.

 

FUNGSI:

  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menyelaras pengambilan pelajar untuk 3 bidang kemahiran yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.
  • Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan TV, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan atau pihak swasta melalui Jawatankuasa promosi.
  • Menyelia Sistem Pengurusan Latihan (TMS) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara online.

TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan khususnya dalam aspek :

PENGAMBILAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR

  • Menyediakan Kalendar Latihan Tahunan
  • Menguruskan pengambilan pelajar baru
  • Menyelia urusan pendaftaran pelajar-pelajar baru dan sedia ada
  • Mengendalikan Minggu Suiakenal pelajar-pelajar baru
  • Menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelajar dan lepasan institut
  • Menyelaras dan mengendalikan urusan pengambilan, rekod dan mengemaskini maklumat pelajar.

HAL EHWAL DAN KEBAJIKAN PELAJAR

  • Mengendalikan kebajikan pelajar melputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menguruskan borang perjanjian dan elaun pelajar
  • Mengawalselia disiplin pelajar
  • Menyelia majlis Perwakilan Pelajar meliputi proses pengundian, perlantikan, pembubaran dan aktiviti majlis berkenaan
  • Merancang, menyelia dan mengurus Majlis konvokesyen Institut
  • Menyelaras semua penempatan dan lawatan berkaitan Latihan Industri (LI) pelajar

KO-KURIKULUM DAN KAUNSELING

  • Menyedia dan menyelia aktiviti ko-kurikulum pelajar
  • Menyediakan khidmat bimbingan Kerjaya dan Kaunseling
  • Menyediakan program pembangunan insan dan aktiviti Kemasyarakatan