Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset (BPPA) ILP Kuala Langat berperanan mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ILP Kuala Langat merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).

FUNGSI:

Pada keseluruhannya, BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

PENGURUSAN ASET KERAJAAN

  • Mengurus , menyelia , memproses dan memantau perlaksanaan aktiviti Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset bagi semua kemudahan dan infrastruktur di ILP Kuala Langat.
  • Menyelaras, mengurus, menyelia dan memantau Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut di bawah seliaan Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset.
  • Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
  • Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.

PENGURUSAN PEROLEHAN PERALATAN, BAHAN LATIHAN & PERKHIDMATAN INSTITUT

  • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
  • Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga Institut.

PENYELENGGARAAN

  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur di ILPKLS agar sentiasa dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan serta imej ILP Kuala Langat.
  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori BPPA supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.

PEMBANGUNAN

  • Membuat perancangan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa di ILP Kuala Langat.
  • Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.
Powered by JS Network Solutions