Print

OBJEKTIF:

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Institut termasuk pentadbiran pejabat, pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan perkhidmatan, perjawatan, gaji, penilaian prestasi, perbelanjaan, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan.

Bahagian ini juga berperanan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber tenaga manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di ILP Kuala Langat dan dilaksanakan dengan telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.

Bahagian ini juga bertindak selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Perkembangan Sumber Manusia, Lembaga Perjawatan dan tatatertib.

FUNGSI:

PENTADBIRAN

  • Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesannya.
  • Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam institut.
  • Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja bagi mencapai kecemerlangan.
  • Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.
  • Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan, persaraan dan kenaikan pangkat.
  • Melaksanakan perkara-perkara berkaitan pengurusan pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat, kebersihan pejabat dan keselamatan ruang pejabat.
  • Menguruskan permohonan tempahan dan penyenggaraan Kenderaan jabatan dan kenderaan rasmi.
  • Menjalin hubungan dengan pihak dalam dan luar institut dalam melaksanakan dasar-dasar institut dan kerajaan.
  • Menghadiri mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta jika diperlukan.

KEWANGAN

  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
  • Urusan Penyediaan Laporan Bajet Secara Bulanan dan Tahunan Kepada Kementerian Sumber Manusia.
  • Menyelaras perakuan bagi kelulusan Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan.
  • Mengurus pembayaran Peruntukan Pembangunan, Waran Peruntukan, Pindah Peruntukan.
  • Menyediakan dan mengemukakan penyata penyesuaian Bulan Vot akaun pusat ke JANM.
  • Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada Perbendaharaan.
  • Urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.