Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Latihan Industri

Pengenalan

Menghadiri serta menjalani Latihan Industri adalah dianggap sebagai suatu pendedahan yang amat penting dan berguna bagi semua pelajar.

Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bakal memasuki pasaran pekerjaan, wajar sekali diberi pendedahan awal terhadap beberapa elemen penting yang berkait rapat dengan alam pekerjaan serta teknologi terkini. Pengalaman bekerja melalui pendedahan sebenar suasana di industri sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyesuaikan diri apabila menyertai alam
pekerjaan.

Objektif

  1. Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan suasana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi
    terkini yang digunapakai oleh pihak industri.
  2. Membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar perolehi dapat digunapakai, disamping menimba pengalaman baru di industri.
  3. Memberi peluang kepada pihak industri serta Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ILJTM untuk membuat penilaian terhadap tahap dan kualiti latihan yang dijalankan seterusnya memberi cadangan untuk menambahkan kurikulum latihan yang dijalankan seterusnya bagi memenuhi keperluan pihak industri agar ianya selari dengan perubahan teknologi.
  4. Sebagai salah satu media untuk memperkenalkan ILJTM serta produk ILJTM kepada sektor industri yang berkaitan.
  5. Untuk membolehkan para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai skop pekerjaan diindustri seperti perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek.
  6. Memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

Panduan Latihan Industri

Muat turun Buku Panduan Latihan Industri ILJTM 

Powered by JS Network Solutions