Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Latihan Teknikal, Vokasional Bukan Pilihan Kedua - 14 Ogos 2017

Sumber : Akhbar :  BH Online |   Tarikh : 14/08/2017

 

 

SHAH ALAM: Kerajaan bakal melahirkan sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Ismail Abd Mutalib, berkata sasaran itu bakal dicapai dengan cara meluaskan akses masyarakat kepada latihan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET), serta kolaborasi bersama industri untuk meningkatkan keberkesanan strategi kerajaan.

"Selain itu, usaha juga giat dijalankan bagi mempromosikan pusat latihan kerajaan dan swasta yang menawarkan program berteraskan TVET.

"Penjenamaan semula latihan kemahiran melalui jenama SkillsMalaysia juga bertujuan memulih dan menghapuskan stigma masyarakat yang memandang TVET sebagai pilihan kedua untuk orang gagal," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah National Robot Challenge (NRC) dan Pertandingan Akhir Teknologi Automobil PROTON, sempena Karnival SkillsMalaysia Zon Tengah 2017, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Amir Omar.

Sumber : BH Online

 

Powered by JS Network Solutions