Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

RM50 juta untuk latihan kemahiran - 11 Julai 2017

Sumber : Akhbar : Utusan Online (Berita Terkini)  |  Tarikh : 11/07/2017

KUALA LUMPUR 11 Julai - Sejumlah RM50 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk membiayai geran latihan kemahiran di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, daripada jumlah itu, RM40 juta diperuntukkan bagi pembiayaan program kepada Golongan Pekerja & Future Workers (GPFW) manakala RM10 juta untuk program Malaysia Meister (MMP).

“Penyediaan geran latihan itu adalah kesinambungan pembiayaan tempat latihan yang dilaksanakan oleh PTPK yang dianggotai 13 perwakilan bagi setiap negeri kecuali Perlis dan Kelantan.

“Individu yang dibiayai adalah siswazah dan pelajar lepasan sekolah dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri bersama pelanggan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Adenan Ab.Rahman. - UTUSAN ONLINE

Sumber : Portal Rasmi KSM

Powered by JS Network Solutions