Print

ILP Kuala Langat mempunyai perpustakaan yang menjadi tempat para pengajar dan pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan dan bahan bacaan. Pelbagai bahan bacaan teknikal seperti dalam bidang ICT, senibina dan multimedia serta rujukan berkaitan Projek Tahun Akhir pelajar boleh didapati di sini. Selain itu, bahan bacaan umum seperti majalah dan buku cerita juga disediakan di perpustakaan ini. Kemudahan pinjaman hanya dikhaskan kepada kakitangan dan pelajar ILP Kuala Langat sahaja.

 

Kemudahan ini membantu para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memudahkan mereka membuat rujukan berkaitan tugasan yang diberikan. Selain itu, kemudahan perpustakaan yang selesa juga dapat memupuk minat membaca, melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta membantu perkembangaan bahasa pelajar. Perpustakaan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.