Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Jaringan Industri

Industri tempatan merupakan antara pemegang taruh ‘stakeholders’ utama kepada Institut.

Institut memerlukan kerjasama Industri dalam pembentukan kurikulum pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan menjadi tempat latihan kepada pelajar dan staf. Jaringan ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian.

Pembentukan kurikulum

Maklum balas dari pihak Industri diperlukan untuk pembinaan kurikulum program baru atau semakan semula kurikulum program sedia ada. Pihak Jabatan akan melantik wakil dari pihak industri (berkaitan dengan program yang ditawarkan) untuk memberi input kehendak industri mereka terhadap graduan yang akan dikeluarkan.

Penyelidikan

Terdapat dua bentuk kerjasama penyelidikan yang diperlukan dari pihak Industri.

  1. Menjalankan penyelidikan bersama bagi menghasilkan produk. Dalam konteks ini, penyelidik Institut mengenal pasti produk penyelidikan yang akan dihasilkan dan menjemput pihak Industri untuk memasarkannya.
  2. Pihak Industri bekerjasama dengan menggunakan kepakaran yang ada di Institut bagi membuat penyelidikan terhadap produk yang telah ditentukan mereka.

Perundingan

Pihak Industri menggunakan kepakaran Institut bagi membuat kajian kepada sesuatu program yang dibangunkan mereka. Dalam konteks ini, pegawai Institut akan membuat kajian ilmiah dan memaklumkan hasil kajian, cadangan penambah baik dan pelaksanaan kepada pihak Industri.

Tempat Latihan kepada Pelajar dan Staf

Institut akan bekerjasama dengan pihak Industri bagi menempatkan pelajar untuk latihan industri dan latihan profesional staf. Maklumat lanjut berkenaan latihan industri boleh hubungi Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat.

Powered by JS Network Solutions