Accessibility Tools

Dasar Privasi

ILPKLS (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Sila baca maklumat yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.
RANGKUMAN DASAR PRIVASI

  1. Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat (ILPKLS) di www.ilpkls.gov.my.
  2. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
KESELAMATAN STORAN

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT
  1. Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ILPKLS kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.

  2. Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.

  3. Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.

  4. Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke portal dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.
PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT
  1. Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.

  2. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;
  • Kami mendapat izin anda untuk berkongsi maklumat ini;
  • Kami perlu berkongsi maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta;
  • kami bergerak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  • Pihak kami mendapati tindakan pengunjung/pengguna portal melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.
PAUTAN

Walaupun www.ilpkls.gov.my mempunyai pautan dengan portal agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal agensi lain yang dilayari.
FAIL LOG

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal ILPKLS, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.
COOKIE
  1. Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

  2. Portal ILPKLS menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.
MAKLUMBALAS

Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal ILPKLS ini.

Alamat

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat 
Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
 
 Telefon : 03 - 3120 4600
 Faksimili : 03 - 3120 4440
 Email : admin.ilpkls@jtm.gov.my 

 

 

Media Sosial