Lawatan Muhibbah ke Kapitan Film

Print

Tarikh : 5 November 2019

Pelajar-pelajar dari Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kapitan Film. Menerusi lawatan ini, pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik penghasilan video pendek dan dokumentari. Pengarah Kapitan Film, En Azly Murad bin Ramli juga berkongsi pengalaman beliau dalam bidang penerbitan filem dan penulisan skrip. Lawatan ini turut disertai oleh Pengajar Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) dan Pegawai Unit CESS.