Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Seminar Mudahnya Guna NLP

Pada 10 Ogos 2017 yang lalu, Bahagian Pengurusan Sumber ILP Kuala Langat telah mengadakan Seminar Mudahnya Guna NLP (Neuro Linguistic Programming). Seminar telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Bin Hassan, seorang pengamal NLP di peringkat Master Practitioner dan NLP Master Coach. Antara objektif seminar adalah untuk memberi pendedahan kepada individu dalam mengenal potensi diri dan kemahiran menganalisis serta merancang strategi menggunakan teknik NLP.

Seminar telah dihadiri oleh kakitangan ILP Kuala Langat, guru-guru serta kaunselor sekolah sekitar Kuala Langat dan para usahawan yang berminat untuk meningkatkan hasil jualan mereka. Sepanjang seminar para peserta didedahkan dengan teknik komunikasi seperti padan dan cermin (matching and mirrorring) secara fizikal, membaca pergerakan mata (eye accessing) dan teknik bahasa (chunking, reframing dan quantum linguistic). Secara keseluruhan, seminar mendapat reaksi positif daripada para peserta.

 

     

      

     

  

 

 

Powered by JS Network Solutions