Pemeriksaan Kesihatan Pelajar ILP Kuala Langat Sesi 1/2020

Print

Pelajar ILP Kuala Langat telah mendaftar masuk pada 1 September 2020 yang lalu untuk meneruskan pengajian Sesi 1/2020. Bagi membendung penularan wabak Covid-19, pemeriksaan kesihatan ke atas setiap pelajar diadakan setiap hari sebelum mereka memulakan aktiviti pembelajaran. Setiap pelajar dikehendaki mengimbas kod Health Visa bagi memantau taraf kesihatan masing-masing.