Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Lawatan Syarikat Tasek Concrete Sdn Bhd ke ILP Kuala Langat

4 Mac 2020 (Rabu)

Wakil dari Syarikat Tasek Concrete Sdn Bhd yang diketuai oleh En Teh Nee Kok, Deputy Operations Manager telah hadir ke ILP Kuala Langat bagi membincangkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam konteks penempatan pelajar bagi mengikuti latihan industri di Syarikat Tasek Concrete Sdn Bhd. Turut hadir bersama ialah En Roger Tan, Technical Manager dan Pn Noor Kosumawaty Binti Kosnan, Assistant Manager, HR. Mereka turut dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian, Bengkel Teknologi Cadd Senibina dan Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) bagi memahami dan melihat dengan lebih jelas lagi pelaksanaan latihan dan fasiliti pembelajaran di ILP Kuala Langat.

 

Powered by JS Network Solutions