Lawatan Muhibbah ke Finas

Print

Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi ~ 1.00 petang

 

Pelajar-pelajar Semester 2 dan 3 Bengkel Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) telah mengikuti lawatan muhibbah ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Petaling Jaya. Pada awal sesi, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat berkenaan pengenalan FINAS dan taklimat tersebut disampaikan oleh En Junaidi bin Reappai. Seterusnya pelajar-pelajar dibawa melawat ke Makmal Filem Warna P Ramlee dan Ruang Memproses Filem.