Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

HARI KEBUDAYAAN ILPKLS DAN PELANCARAN VIDEO KORPORAT

Pada 7 November 2017, Kelab Kesenian dan Kebudayaan ILP Kuala Langat telah menganjurkan Hari Kebudayaan peringkat institut bertempat di Dewan Lavender. Hari Kebudayaan yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang warisan budaya masyarakat majmuk di negara ini, memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar serta mencungkil bakat pelajar. Pertandingan nyanyian dan tarian kebudayaan telah diadakan bersempena dengan Hari Kebudayaan tersebut. Dengan tema Etnik Kreatif, pertandingan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.

Selain daripada pertandingan, majlis turut dimeriahkan dengan Pelancaran Video Korporat ILP Kuala Langat yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah. Majlis turut diserikan dengan persembahan khas daripada Team Cak Lempong ILPKLS. Di samping itu, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sempena Karnival Budaya dan Alam Sekitar Peringkat Daerah Kuala Langat dan Pertandingan Sukan Dalaman turut diadakan. 

 

 

 

 

Powered by JS Network Solutions