Jalan Sultan Abd Samad , 42700 Banting Selangor . 03-31204600  03-31204440  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SEMINAR PENGENALAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN CABARANNYA

Pada 27 September 2017, satu Seminar 'Pengenalan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Cabarannya' telah diadakan bertempat di Dewan Lavender ILP Kuala Langat. Seminar tersebut dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat dengan kerjasama ILP Kuala Langat. Seminar telah disampaikan oleh dua orang pembentang iaitu Ustaz Ahmad Hafiz bin Mohd Rozmizi dan Ustaz Haji Ahmad Hafiz bin Mohd Alwi Al-Bakaniyy. Seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga ILP Kuala Langat berkenaan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada masa kini. Pembentangan daripada panel dan sesi soal jawab telah dapat meningkatkan pengetahuan dan memberi maklumat kepada warga ILP Kuala Langat secara umumnya.

Powered by JS Network Solutions